Friday, 19 December 2014

SEBATIAN KARBON

Sebatian karbon (carbon compounds) merupakan sebatian yang mengandungi unsur karbon sebagai unsur juzuknya (constituents).

Hampir semua makanan merupakan sebatian karbon, misalnya karbohidrat, protein, lemak, dan vitamin.

Sebatian karbon dikelaskan kepada:
  1. Sebatian organik (organic compound)
  2. Sebatian tak organik (inorganic compound)


Sebatian organik dan sebatian tak organik

Sebatian organik merupakan sebatian karbon yang berasal daripada haiwan dan tumbuhan. Contohnya;
  • Petroleum dan gas asli yang mempunyai unsur juzuk karbon dan hidrogen.
  • Kanji, alkohol, gula, dan lemak yang mempunyai unsur juzuk karbon, hidrogen dan oksigen.

Sebatian tak organik merupakan sebatian yang bukan berasal daripada hidupan.

Walaupun hampir semua sebatian karbon dikelaskan sebagai sebatian organik, sebatian karbon yang berikut tergolong dalam kumpulan sebatian tak organik:
  • Karbon monoksida, CO
  • Karbon dioksida, CO2
  • Karbon disulfida, CS2
  • Sebatian karonat dan bikarbonat: kalsium karbonat, CaCO3, dan natrium bikarbonat, NaHCO3.
  • Sebatian karbida (carbide): kalsium karbida, Ca2C.
  • Sebatian sianat (cyanate) dan tiosianat (thiocyanate): natrium sianat, NaCN, dan natrium tiosianat, NaSCN

Sebatian karbon

1) Sebatian organik
  • Semua sebatian karbon kecuali CO2, CO
  • CS2
  • Sebatian karbonat, CO32-, dan bikarbonat, HCO3-
  • Sebatian sianida (cyanide), CN-, dan tiosianat, SCN-
  • Sebatian karbida, C4-
2) Sebatian tak organik
  • Batu batan seperti sebatian silikat (silicate).
  • Bijih logam seperti kasiterit.
  • Asid mineral seperti asid sulfurik.

Semua sebatian organik terbakar dengan lengkap dalam bekalan gas oksigen yang berlebihan untuk menghasilkan gas karbon dioksida dan air sahaja.

Sebatian organik terbakar dengan tidak lengkap dalam bekalan gas oksigen yang terhad untuk menghasilkan campuran jelaga (karbon), karbon monoksida, karbon dioksida, dan air.


Hidrokarbon

Pada amnya, sebatian organik dikelaskan kepada hidrokarbon dan bukan hidrokarbon.

Hidrokarbon (hydrocarbon) adalah sebatian organik yang terdiri daripada unsur karbon dan unsur hidrogen sahaja. Atom karbon dan atom hidrogen dalam sebatian hidrokarbon diikat bersama-sama melalui ikatan kovalen (covalent bonds).

Hidrokarbon tepu ialah hidrokarbon dengan atom karbonnya terikat kepada atom yang lain melalui ikatan kovalen yang tunggal (single covalent bonds).

Pembentukan empat ikatan kovalen tunggal.

Hidrokarbon tak tepu ialah hidrokarbon yang mengandungi sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua (double bond) atau ikatan ganda tiga (triple bond) antara atom-atom karbon dalam molekul itu.


Pembentukan dua ikatan tunggal 
dan satu ikatan ganda dua.




Pembentukan satu ikatan tunggal
dan satu ikatan ganda tiga.



Sebatian organik
  1. Hidrokarbon (Unsur karbon dan hidrogen sahaja).
    i) Alkana (alkanes)
    ii) Alkena (alkenes)
  2. Bukan hidrokarbon (Unsur karbon, hidrogen dan unsur lain)
    i) Alkohol
    ii) Asid Karbosilik
    iii) Ester

Sumber utama hidrokarbon ialah petroleum.

Petroleum merupakan cecair hitam yang sangat pekat dan melekit. Bahan ini wujud secara semulajadi sebagai minyak mineral dalam lapisan-lapisan kerak bumi.

Wednesday, 3 December 2014

Sejarah Pembangunan Jadual Berkala

Ahli kimia menyatakan bahawa terdapat unsur-unsur tertentu yang mempunyai sifat kimia yang sama (similar chemical properties). Sebagai contoh: klorin, bromin dan iodin; kalium (potassium) dan natrium (sodium); magnesium dan kalsium, mempunyai sifat kimia yang sama.

Para ahli kimia kemudiannya cuba untuk meletakkan unsur-unsur dengan sifat kimia yang sama di dalam satu kumpulan. Ini membawa kepada pembangunan dalam jadual berkala (periodic table).


Kaedah pengkelasan unsur yang sistematik (systematic method of classification of the elements) akan membantu kita dalam:
  • Mengkaji sifat kimia dan fizikal sesuatu unsur dalam kumpulan sama.
  • Meramal kedudukan sesuatu unsur dalam jadual berkala daripada sifat-sifatnya.
  • Mengenal pasti, membanding dan membezakan unsur-unsur dari kumpulan yang berbeza.
  • Meramal sifat kimia dan fizikal unsur-unsur baru dalam kumpulan yang sama.
Ahli-ahli kimia seperti Lavoisier, Dobereiner, Newlands, Meyer, Mendelev dan Moseley telah menyumbang kepada pembangunan dalam jadual berkala yang digunakan pada hari ini.




IKATAN KIMIA


MATLAMAT KURIKULUM KIMIA

MATLAMAT KURIKULUM KIMIA

Matlamat kurikulum Kimia untuk sekolah menengah adalah
bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan
kemahiran sains dan teknologi serta membolehkan mereka
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam
kehidupan seharian berdasarkan sikap saintifik dan nilai murni.

Pelajar yang telah mengikuti kurikulum Kimia sekolah
menengah akan memperolehi asas sains yang membolehkan
mereka memperolehi pendidikan lanjutan dalam Kimia dan
teknologi secara rasmi dan tidak rasmi.

Kurikulum ini juga bertujuan untuk membangunkan masyarakat
berbudaya sains dan teknologi yang prihatin, dinamik dan
progresif’, menghargai alam semula jadi dan berusaha

memelihara dan memulihara persekitaran.