Ahli kimia menyatakan bahawa terdapat unsur-unsur tertentu
yang mempunyai sifat kimia yang sama (similar chemical properties).
Sebagai contoh: klorin, bromin dan iodin; kalium (potassium) dan natrium
(sodium); magnesium dan kalsium, mempunyai sifat kimia yang sama.
Para ahli kimia kemudiannya cuba untuk meletakkan
unsur-unsur dengan sifat kimia yang sama di dalam satu kumpulan. Ini
membawa kepada pembangunan dalam jadual berkala (periodic table).
Kaedah pengkelasan unsur yang sistematik (systematic method
of classification of the elements) akan membantu kita dalam:
- Mengkaji sifat kimia dan fizikal sesuatu unsur dalam kumpulan sama.
- Meramal kedudukan sesuatu unsur dalam jadual berkala daripada sifat-sifatnya.
- Mengenal pasti, membanding dan membezakan unsur-unsur dari kumpulan yang berbeza.
- Meramal sifat kimia dan fizikal unsur-unsur baru dalam kumpulan yang sama.
Ahli-ahli kimia seperti Lavoisier, Dobereiner, Newlands,
Meyer, Mendelev dan Moseley telah menyumbang kepada pembangunan dalam
jadual berkala yang digunakan pada hari ini.

No comments:
Post a Comment